ALOR SETAR:Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Harapan (PH) belum menerima sebarang cadangan daripada mana-mana ketua parti dalam gabungan itu untuk menukar Ketua Pembangkang yang disandang beliau ketika ini kepada pemimpin lain.
Menurut Anwar, isu pertukaran Ketua Pembangkang yang timbul baru-baru ini hanya disuarakan oleh segelintir golongan yang mahu melihat kepincangan dalam kem PH.
Bahkan, tegas Presiden PKR itu, beliau juga secara peribadi tiada sebarang masalah dengan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Dalam masa sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menjelaskan, desakan yang timbul itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH dalam waktu terdekat.
“Ini (cadangan pertukaran Ketua Pembangkang) termasuk PH belum ada yang mencadangkan, (kalau) ada perubahan walau bagaimanapun saya kata boleh kita bincang dalam mesyuarat,” kata Anwar kepada pemberita selepas menghadiri Perjumpaan Bersama Pimpinan Keadilan Negeri Kedah, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kedah, Datuk Johari Abdul dan Ketua Cabang dari seluruh negeri.
Kemelut pertukaran Ketua Pembangkang timbul selepas Timbalan Presiden Parti Pejuang Tanah Air, Datuk Marzuki Yahya dan Mohd Shafie menyarankan supaya parti pembangkang membentuk satu gabungan besar.
Menurut mereka, kerjasama itu penting untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan sebaik penularan wabak COVID-19 dalam negara reda.
Nama Shafie pula disebut-sebut sebagai calon yang berkelayakan untuk memimpin gabungan besar baharu pembangkang.
Bekas Ketua Menteri Sabah itu didakwa memiliki kriteria untuk memimpin gabungan terbabit jika semua parti pembangkang berhasrat mengadakan kerjasama baharu untuk menghadapi (PRU15).
Adie Sufian Zulkefli
Thu Dec 24 2020
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, desakan berhubung pertukaran jawatan Ketua Pembangkang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam waktu terdekat. - Gambar Astro AWANI
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
AWANI Tonight: NHMS 2023: Number of people with depression doubles in 4 years
The number of people with depression had doubled from 2019 to 2023 with one million people aged 15 and above suffering from depression in Malaysia.
AWANI Tonight: Supporting educators’ growth in the age of AI
On Teachers’ Day, Assoc Prof Dr Adelina Asmawi from Universiti Malaya shares the main challenges lecturers face in the higher education sector, and where improvements can be made for better support.
ADUN Sidam dilantik Ketua Pembangkang DUN Kedah
Speaker DUN Kedah Zubir Ahmad mengumumkan pelantikan Bau Wong dari PKR itu bagi menggantikan bekas ADUN Suka Menanti Datuk Zamri Yusuf.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Tiada pihak boleh menidakkan kejayaan PN tadbir ekonomi - Hamzah
Ia merupakan pencapaian terbaik dalam kalangan negara Asia Tenggara dan membuktikan kebolehan PN menguruskan ekonomi negara.
ADUN Bersatu jadi Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan
ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang mewakili blok Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.
"Banyak fitnah ditaburkan kepada saya" - Hamzah
Ketua Pembangkang enggan layan laporan kediamannya diserbu LHDN, tegas akan ambil tindakan pada pihak yang memfitnah.
Zamri Ketua Pembangkang DUN Kedah baharu
Juhari turut memaklumkan bahawa kerusi DUN Gurun akan kekal kosong sehingga habis penggal ini.
'Selepas PRU15, Mohamad Hasan ada datang ke rumah saya' - Hamzah
Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak bercakap benar apabila menyatakan DAP lebih baik berbanding Pas.
Undi percaya: Pembangkang perlu terima hakikat, beri ruang saya pikul tugas - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata blok pembangkang perlu menerima hakikat dan memberi ruang kepada beliau untuk memikul tugas sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan perlu saman media antarabangsa demi imej PM dan negara - Ketua Pembangkang
Kegagalan berbuat demikian, kata Hamzah, dikhuatiri meletakkan kedudukan Malaysia dalam imej tercemar ekoran berita-berita dari luar negara.
Tuan Ibrahim Ketua Pembangkang DUN Pahang
Perikatan Nasional (PN) memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai ketua pembangkang mewakili gabungan itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.